Leong Sin Nam: Pemimpin Masyarakat Cina Perak Yang Dermawan
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Kajian ini mengkaji peranan dan sumbangan Leong Sin Nam, seorang tokoh terkemuka dalam sejarah Perak, dalam membantu kebajikan masyarakat setempat. Beliau dikenali atas sumbangannya kepada institusi kebajikan, pendidikan, sukan, dan sosial. Kehidupan beliau mencerminkan komitmen
terhadap kesejahteraan rakyat dan negara, terutama semasa krisis ekonomi
dan zaman perang. Melalui penggunaan kaedah kajian yang melibatkan
analisis teks sejarah dan dokumen berkaitan, kajian ini mengupas kepedulian beliau terhadap masyarakat setempat. Leong Sin Nam juga berperanan
dalam meredakan tekanan sosial semasa krisis ekonomi, dan pengorbanan
serta sumbangannya mencerminkan keikhlasan dan kesungguhan dalam
membantu golongan yang memerlukan. Hasil kajian ini dapat menginspirasi
semangat kebajikan dan komitmen terhadap masyarakat tempatan yang
dapat diambil teladan oleh generasi masa kini.