Leong Sin Nam: Pemimpin Masyarakat Cina Perak Yang Dermawan

Main Article Content

Ku Boon Dar

Abstract

Kajian ini mengkaji peranan dan sumbangan Leong Sin Nam, seorang tokoh terkemuka dalam sejarah Perak, dalam membantu kebajikan masyarakat setempat. Beliau dikenali atas sumbangannya kepada institusi kebajikan, pendidikan, sukan, dan sosial. Kehidupan beliau mencerminkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat dan negara, terutama semasa krisis ekonomi dan zaman perang. Melalui penggunaan kaedah kajian yang melibatkan analisis teks sejarah dan dokumen berkaitan, kajian ini mengupas kepedulian beliau terhadap masyarakat setempat. Leong Sin Nam juga berperanan dalam meredakan tekanan sosial semasa krisis ekonomi, dan pengorbanan serta sumbangannya mencerminkan keikhlasan dan kesungguhan dalam membantu golongan yang memerlukan. Hasil kajian ini dapat menginspirasi semangat kebajikan dan komitmen terhadap masyarakat tempatan yang dapat diambil teladan oleh generasi masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles