REORGANISASI KUASA: TRANSFORMASI DALAM SISTEM PENTADBIRAN SELANGOR, 1895-1942

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Ahmad Farhan Abdullah Zakaria

Abstrak

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) khususnya hubungan kuasa


antara Sultan Selangor, Residen British dengan struktur kolonial antara


1895 hingga 1942. Objektif kajian ialah menganalisis transformasi


sentralisasi ke desentralisasi, lapisan pendekatan kerajaan Selangor, dan


perkembangan mesyuarat di peringkat persekutuan dan negeri dan institusi


pegawai tadbir daerah dan penghulu sepanjang tempoh dikemukakan.


Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan


kualitatif dengan menggunakan kesahan konstruk ke atas teori sistem sosial


oleh Talcott Parsons menerusi penggunaan sumber primer dan sekunder


diperoleh daripada institusi arkib dan perpustakaan dalam dan luar Malaysia.


Dapatan kajian menunjukkan bahawa transformasi pentadbiran Selangor


dipengaruhi keperluan kolonial untuk mencapai kestabilan ekonomi dan


politik, di samping memenuhi tuntutan raja-raja Melayu terhadap autonomi


negeri. Dalam konteks teori, penyesuaian (adaptation) dalam struktur sosial


berlaku melalui perubahan dalam institusi permesyuaratan, pegawai tadbir


daerah dan penghulu disesuaikan dengan tuntutan kolonial, sementara


integrasi (integration) tercapai dengan penggabungan antara sistem sebelum


penjajahan British dan kolonial. Begitu juga dengan pencapaian matlamat


(goal attainment) dicapai melalui pelaksanaan dasar-dasar memastikan


keberkesanan pengurusan tanah, kutipan hasil dan pembangunan


infrastruktur, menyumbang kepada kestabilan politik dan kemajuan


ekonomi Selangor. Penyelenggaraan corak laten (pattern maintenance)


dapat dilihat dalam usaha mengekalkan nilai sebelum penjajahan British


melalui institusi tempatan diperkukuh dengan unsur birokrasi kolonial.


Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemahaman lebih mendalam


mengenai dinamik kuasa antara sebelum penjajahan dengan pentadbiran


kolonial, memberikan wacana baharu terhadap keberkesanan kerjasama


antara pemimpin tempatan dengan kolonial dalam membangunkan Selangor.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles