Sultan Idris Murshidul ‘Azam Shah Ibni Raja Bendahara Alang Iskandar, 1887-1916: Menyingkap Keazaman Membangun Sebuah Negeri Melayu Cemerlang Dan Gemilang

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Abdullah Zakaria Ghazali

Abstrak

Sultan Idris Murshidul ‘Azam Shah menduduki takhta kerajaan Perak Darul Ridwan pada 1887, sebagai Sultan Perak ke-28. Sepanjang 29 tahun sehingga mangkat pada 24 Januari 1916, baginda banyak membantu mengangkat negeri dan Melayu pada tempoh tersebut. Melalui rujukan sumber primer dan sekunder, makalah ini berhasrat berkongsi maklumat peranan dan sumbangan Sultan Idris dalam pembangunan negeri dan Melayu. Sekali gus sebagai contoh, Raja Melayu tidak ketinggalan dalam membangun negeri dan Melayu dalam pelbagai aspek sosial, ekonomi dan politik. Sumber primer dan sekunder yang dirujuk menjelaskan dan membuktikan Sultan Idris memainkan peranan serta sumbangan memajukan sosial, ekonomi dan politik negeri dan Melayu.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles