MASALAH DAN ISU PENDIDIKAN PADA ERA PEMERINTAHAN RAJA BROOKE DI SARAWAK
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Walaupun perkembangan pendidikan Barat telah diperkenalkan di Sarawak
pada era pemerintahan Raja Brooke namun ia mempunyai kelemahan.
Masalah besar dalam hal ini ialah pendidikan yang diperkenalkan ini tidak
mempunyai objektif mengapa ia diwujudkan. Malahan James Brooke
membiarkan perkembangan pendidikan ini secara bebas. Beliau sendiri
telah meminta agar pihak mubaligh sendiri datang ke Sarawak untuk
membangunkan pendidikan di Sarawak. Selepas itu muncul pula sekolah
Vernakular Melayu dan Cina. Perkembangan ini mencerminkan tentang
kegagalan pemerintahan Brooke untuk melahirkan pendidikan kebangsaan.
Walaupun ada usaha untuk menubuh Goverment Lay School tetapi ia
mengalami kegagalan. Selain itu kegagalan ini juga berlaku dalam setiap
aliran persekolah yang diwujudkan itu. Artikel ini akan cuba mengcungkil
dan menganalsis beberapa masalah dan isu pendidikan yang muncul pada
era Brooke. Perbincangan akan menjuruskan kepada setiap aliran sekolah
yang wujud di Sarawak. Kaedah kajian perpustakaan digunakan dalam
kajian dan penulisan ini. Bahan-bahan primari seperti file-file kerajaan dan
Sarawak Gazette menjadi rujukan utama dalam penulisan ini. Tambahan
daripada itu kajian ini akan menggunakan bahan-bahan sekundari terutama
buku-buku ilmiah tentang pendidikan Sarawak sebagai menyokong
fakta-fakta dan hujahan dalam penulisan ini. Dapatan daripada kajian ini
menunjukkan bahawa pendidikan Sarawak di bawah pemerintahan Brooke
telah berkembang tanpa arah teratur bagi mewujudkan modal insan untuk
membangunkan Sarawak.