KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA, 1963-1966: REAKSI DAN RESPONS UMUM DI INDONESIA
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Artikel ini membincangkan reaksi dan respons Indonesia, khususnya dalam
bentuk karikatur, merangkumi pemimpin, rakyat dan medianya terhadap
isu penubuhan Malaysia. Indonesia memberikan justifikasi tersendiri bagi
menolak penubuhan Malaysia, sambil memanipulasi mood dan nurani
rakyatnya melalui siri himpunan, bantahan dan mobilisasi. Sukarno yang
mengepalai Konfrontasi menggunakan kepakaran propaganda dan pidatonya
bagi menaikkan semangat menentang Malaysia yang dianggap sebagai
produk neokolonialisme. Imej pemimpin Malaysia, khususnya Tunku Abdul
Rahman menjadi sasaran propaganda untuk membangkitkan perasaan anti
Malaysia. Indonesia turut melancarkan gerakan sukarelawan, kempen dan
perintah khusus bagi menggembleng kekuatan untuk bersedia menggempur
Malaysia. Artikel ini merumuskan, Konfrontasi sebagai perang propaganda
antara dua negara bersahabat yang secara perbandingannya, Indonesia
lebih banyak melancarkan propaganda yang menyerang peribadi pemimpin
Malaysia. Artikel ini menggunakan sumber primer yang diperoleh daripada
Perpustakaan Nasional Indonesia dan Arsip Nasional Republik Indonesia
sendiri. Antaranya adalah penerbitan rasmi Kementerian Penerangan
Indonesia, kabel diplomatik Departemen Luar Negeri, serta surat khabar
dan majalah yang diterbitkan ketika itu. Secara umumnya, Malaysia yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran selaran dan kecaman
yang berterusan dari segenap lapisan masyarakat di Indonesia. Kesemuanya
memanipulasi emosi dan sentimen bagi membangkitkan kebencian terhadap
Malaysia dan pada masa yang berbangga dengan negara mereka sendiri.