Residen British Dan Pentadbiran Di Selangor, 1874-1895
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Kurun ke-19 mencatatkan peristiwa penting dalam perkembangan
pentadbiran negeri Melayu. Pada kurun ini, kerajaan British melalui
peranan Gabenor Negeri-Negeri Selat menempatkan seorang pegawai
bertaraf residen; penolong residen di Selangor, residen dan penolong
residen di Perak, residen dan penolong residen di Sungai Ujong, dan
Residen British Pahang. Dalam hal ini, Selangor menjadi negeri Melayu
terawal menerima Residen British berkhidmat dalam pentadbiran; diikuti
Perak, Sungai Ujong, dan Pahang. Berbeza dengan Perak, Sungai Ujong
dan Pahang, penglibatan dan pelantikan Residen British di Selangor tidak
melalui perjanjian, tetapi dikaitkan dengan hasrat aristokrat Selangor
berhajat menerima seorang pegawai British berkhidmat sebagai penasihat
dalam pentadbiran. Berikutan itu, Andrew Clarke menghantar Frank
Athelstane Swettenham ke Selangor, sebagai Penolong Residen British,
dan berhasrat akan melantik sebagai Residen British. Oleh disebabkan
terdapat bantahan antaranya pegawai British kerana Swettenham masih
muda, ketika itu berusia 24 tahun menyebabkan Clarke menggantikan James
Guthrie Davidson sebagai Residen British Selangor. Ekoran itu, Davidson
dihantar ke Selangor menyandang jawatan Residen British pada Oktober
1874. Sehubungan itu, makalah ini mengupas mengenai Residen British dan
penglibatan mereka dalam pentadbiran Selangor dari 1874 sehingga 1895.
Dalam tempoh ini, tujuh residen dilantik, dan terlibat dalam pentadbiran
Selangor. Sementara itu dalam tulisan ini, pelbagai sumber primer dan
sekunder diguna bagi melengkap perbincangan dan analisis, sintesis dan
interpretasi. Penglibatan British melalui Residen British menyebabkan
perubahan berlaku dalam pentadbiran, dan juga pembangunan kemudahan
sosial. Walaupun begitu, institusi raja dikekalkan dan berada di kedudukan
tertinggi dalam pentadbiran Selangor.