PENGLIBATAN MASYARAKAT SIAM KEDAH, PERLIS DAN PULAU PINANG DALAM PERSATUAN SOSIAL, 1959 -1996
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Persatuan atau kelab ditubuhkan oleh sekumpulan orang tertentu dengan
tujuan mencapai sesuatu matlamat melalui prinsip-prinsip perjuangan yang
telah dipersetujui bersama.1 Dari segi keahlian, anggota dalam persatuan
tersebut biasanya terbatas kepada mereka yang mempunyai sesuatu
persamaan, sama ada dari segi matlamat, minat dan kecenderungan, asal-usul
tempat tinggal, keturunan ataupun hubungan kekeluargaaan. Sebagai sebuah
kelompok minoriti yang berhasrat untuk terus mengekalkan budaya dan cara
hidup mereka, masyarakat Siam di Kedah secara sedar telah mewujudkan
persatuan-persatuan tertentu bagi menjaga kepentingan mereka. Dalam
tempoh masa 1959-1977, kerjasama dalam persatuan dalam kalangan
orang Siam Kedah terbentuk dengan keahliannya yang terdiri daripada
masyarakat Siam di negeri Kedah dan Perlis. Di Pulau Pinang pula, wujud
sebuah Persatuan Siam yang dikenali sebagai Persatuan Thai Malaysia
yang keahliannya turut dianggotai oleh masyarakat Siam di Malaysia dan
Thailand di bawah pimpinan Mendiang Suk Buranakhon.2 Pada awal tahun
1990, keahlian dalam kalangan dalam Persatuan Thai Kedah hanya terdiri
daripada masyarakat Siam di Kedah sahaja, Pada tahun 1996, Persatuan
Thai Kedah/ Perlis yang ditubuhkan oleh beberapa pemimpin masyarakat
Thai di Kedah telah dibubarkan dan digantikan dengan Persatuan Siam
Malaysia di mana keahliannya terbuka kepada semua masyarakat Siam di
Malaysia. Secara keseluruhannya, perbincangan mengenai aspek persatuan
sosial masyarakat Siam di Kedah akan memberikan perhatian kepada
Persatuan Thai/Kedah Perlis, Persatuan Thai Malaysia dan Persatuan Belia
Thai Malaysia. Kewujudan persatuan-persatuan ini memberi kesan besar
kepada perkembangan sejarah sosial masyarakat Siam di Kedah kerana ia
menjadi pusat utama aktiviti sosial.