PEMBERONTAKAN BERSENJATA 1948 HINGGA 1960 DAN REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT MALAYA: MERUNGKAI CITA DAN HASRAT SEBENAR PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Abdullah Zakaria Ghazali

Abstrak

Makalah ini memfokuskan perbincangan kepada penjelasan dan pemaparan


tentang cita-cita dan hasrat sebenar PKM dalam pemberontakan bersenjata


1948 hingga 1960.. Fahaman Komunis berasal dari negara China, dibawa


masuk ke tanah Melayu oleh penghijrah Cina pada awal abad ke-20, serta


menyebar di kawasan penempatan majoriti orang Cina pada 1920-an, dan


muncul sebagai sebuah pertubuhan politik pada 1930, di Kuala Pilah,


Negeri Sembilan, dikenali sebagai PKM. Pelbagai rasional didendangkan


dalam kegiatan PKM ini. Antaranya, yang ditonjolkan, menghalau penjajah


British dan membebaskan tanah Melayu daripada penjajah British. Hasil


kajian mendapati matlamat yang tersirat dalam kegiatan sebenar PKM


adalah menubuhkan sebuah negara rakyat, bernama Republik Demokratik


Rakyat Malaya. Dalam perjuangan ini pula PKM berpegang; penghalang


perjuangan atau berkerjasama dengan British adalah musuh perjuangan


rakyat jelata. Seterusnya apabila berjaya dalam perjuangan, sebuah negara


rakyat akan dibentuk, Rebublik Demokratik Rakyat Malaya, dan rakyat


Malaya hidup kesejahteraan selama-lamanya. Dalam mengejar cita-cita itu,


PKM menyerang, merosak, dan memsabotaj pelbagai kemudahan awam,


membunuh orang awam serta pasukan bersenjata. Sekali gus melakukan


kekejaman, kezaliman dan keganasan. Setelah 12 tahun, 1948 hingga


1960, melancarkan pemberontakan bersenjata PKM gagal menubuhkan


Republik Demokratik Rakyat Malaya. Kerajaan Persekutuan berjaya


mengatasi pemberontajan bersenjata PKM, dan mengisytiharkan darurat


tamat pada 1960. Makalah ini merujuk pelbagai sumber, primer tersimpan


di Arkib Negara Malaysia, Arkib Kebangsaan United Kingdom, dan


Perpustakaan Utama Universiti Malaya, serta bahan sekunder berkaitan


topik perbincangan.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles