PERMASALAHAN DALAM TEORI PENYEBARAN DAN PERTAPAKAN ISLAM: KRITISISME TERHADAP ANALISIS MUHIDDIN YUSIN, ISLAM DI SABAH®
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Makalah ini merupakan resensi kritis terhadap karya sejarah Muhiddin
Yusin, Islam di Sabah (1990, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur).
Dalam tempoh tiga dekad pascapenerbitannya, karya ini merupakan antara
buku penting yang menjadi rujukan dalam kontek kajian mengenai sejarah
dan perkembangan Islam di Sabah. Pada dasarnya, kelemahan dalam
pentafsiran sejarah bersabit mancadimensi (sama ada tidak disedari atau
tanpa disengajakan) bukanlah jenayah ilmiah, namun koreksi kontinuitif
perlu dilakukan terhadap mana-mana karya (makalah, buku dan sebagainya)
demi memberikan kesegaran (mencetuskan idea dan penemuan baharu)
dalam mandala wacana keilmuan. Lantaran tidak ada mana-mana karya
ilmiah yang layak ditakdiskan (dianggap suci atau persis kitab suci), dan
justeru kerana itu, resensi kritis dan konstruktif terhadap Islam di Sabah
merupakan sebahagian daripada amanah dan budaya ilmu yang seharusnya
disemarakkan, khasnya dalam suasana kejumudan perdebatan ilmiah
dewasa ini (lebih-lebih lagi dalam kalangan akademia Malaysia) yang
semakin lesu dan layu. Setakat pengetahuan kita, analisis yang menunjangi
buku ini belum pernah dinilai semula secara kritis dan konstruktif. Setelah
melakukan penelitian, kita mendapati kedapatan beberapa kelemahan
dalam analisis Muhiddin Yusin yang seharusnya dinilai semula. Penilaian
ilmiah ini dapat membantu Muhiddin Yusin untuk memperkukuh analisis
kesejarahannya, dalam penerbitan edisi kedua bukunya nanti.