DARI SEKOLAH KE KOLEJ: PENUBUHAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN KOLEJ PERTANIAN TANAH MELAYU, 1931-1957

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Abu Hanifah Haris
Roslina Ab Ghani

Abstrak

Sekolah Pertanian Tanah Melayu di Serdang, Selangor ialah sekolah


pertanian yang pertama dibina di Tanah Melayu bagi melahirkan pelajar


yang terlatih dalam pelbagai pertanian. Objektif kajian ini ialah mengkaji


perkembangan dan sumbangan sekolah tersebut khususnya dalam


memajukan bidang pertanian. Skop kajian ini ialah sejak penubuhan sekolah


tersebut pada tahun 1931 sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun



  1. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian


perpustakaan dengan meneliti pelbagai sumber primer seperti fail dan


dokumen khususnya rekod British seperti Annual Report on Education in


the Strait Settlements dan Annual Report of the Education, serta pelbagai


akhbar seperti The Straits Times, Malaya Tribune, dan The Singapore Free


Press and Mercantile Advertiser. Kajian ini mendapati bahawa Sekolah


Pertanian Tanah Melayu telah memainkan peranan yang penting terhadap


perkembangan kegiatan pertanian di Tanah Melayu khususnya dalam


membekalkan tenaga kerja tempatan yang terlatih dalam bidang pertanian


seterusnya dapat bertugas dalam beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan


Pertanian dan Institut Penyelidikan Getah, selain melahirkan pekerja terlatih


untuk berkhidmat di pelbagai estet getah di seluruh negara.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles