100 TAHUN DESENTRALISASI DI TANAH MELAYU
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperingati sejarah desentralisasi selama 100 tahun
di Tanah Melayu melalui pembahasan penglibatan raja-raja Melayu yang
berlaku dari era sentralisasi (1895-1920) hingga desentralisasi (1920-
1942). Objektif kajian ini ialah menganalisis punca, perubahan dan kesan
sentralisasi serta desentralisasi yang berlaku ke atas Tanah Melayu amnya
dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu khususnya pada tempoh kajian.
Selain itu, menilai penglibatan raja-raja Melayu terhadap objektif pertama
dikemukakan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
kualitatif melalui strategi kajian kes intrinsik yang memfokus kepada raja
raja Melayu dalam pentadbiran yang dilaksanakan oleh British. Kajian
ini lebih mengutamakan penggunaan sumber primer berbanding sumber
sekunder bagi menjawab hal-hal ditimbulkan. Secara keseluruhannya,
walaupun Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu/Negeri-Negeri Melayu merupakan
indikator utama yang melakukan perubahan pentadbiran dari sentralisasi
ke desentralisasi, namun, tanpa penglibatan raja-raja Melayu, polisi
tersebut tidak berjalan dengan efisien. Raja-raja Melayu telah menyuarakan
pandangan mengenai sentralisasi sejak 1903 dan berterusan sehingga L. N.
Guillemard mengubahkan keadaan tersebut pada 1920 dan secara rasmi pada
- Raja-raja Melayu turut melibatkan diri dalam proses desentralisasi
dari 1920-1942 bagi memulihkan kuasa negeri masing-masing. Usaha
usaha raja-raja Melayu tercapai ketika desentralisasi berlaku pada tahap
kukuh pada 1934.