PENGLIBATAN C.C. TOO DALAM PENERBITAN AKHBAR PROPAGANDA ANTI-KOMUNIS NEW PATH NEWS
Main Article Content
Abstract
Selain daripada aktiviti ketenteraan yang dilaksanakan oleh British dalam
menghadapi pihak komunis, kaedah psywar atau perang saraf turut
dilaksanakan. Antara tindakan yang dilakukan adalah dengan melancarkan
propaganda melalui penerbitan akhbar khusus iaitu akhbar New Path
News (NPN). British menyedari bahawa tindakan ketenteraan tidak akan
sepenuhnya berjaya kerana Parti Komunis Malaya (PKM) bukan sekadar
mempunyai anggota di dalam hutan yang menjadi tentera PKM termasuklah
organisasi yang dikenali sebagai Min Yuen. Tetapi juga kalangan yang
memberi sokongan, bantuan dan perlindungan kepada PKM. Sebahagian
mereka juga bergerak di dalam diam dan keadaan ini menyebabkan
kaedah yang lebih “lembut” diperlukan bagi mendedahkan kepada mereka
mengenai “kebenaran” ideologi komunisme. Oleh itu, British menjadikan
akhbar-akhbar sebagai medium penyebaran propaganda ini dan antara
akhbar yang penting pastinya NPN. Antara watak penting dalam usaha ini
ialah C.C. Too dan perbincangan di dalam tulisan ini memberikan perhatian
terhadap perkaitan antara beliau dengan penerbitan akhbar NPN ini.