DINAMIKA NASIONALISME MALAYSIA: PENGALAMAN MALAYSIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Main Article Content
Abstract
Artikel ini akan membincangkan mengenai kedinamikan nasionalimse
melalui pengalaman sejarah di Malaysia. Perbincangan akan bermula
dengan kedatangan British serta dasar-dasar kolonial yang dilaksanakan
yang menjadi faktor kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan
penduduk di negara ini. Nasionalisme mempunyai cita-cita membina sebuah
negara yang merdeka dan bersatu. Namun pengalaman sejarah Malaysia
merakamkan penyatuan Singapura yang menjadi cita-cita penduduk tidak
dapat bertahan lama yang berkesudahan dengan pemisahan Singapura dari
Malaysia. Namun demikian pengalaman pahit yang dirasai oleh penduduk
tidak menghalang kedinamikan nasionalisme negara terus berlaku dengan
peranan yang dimainkan oleh perdana menteri. Bahagian akhir artikel ini
membincangkan peranan Dr. Mahathir dalam meminda perlembagaan
berkaitan kuasa Yang diPertuan Agong.