Manuskrip Sebuyau MANUSKRIP SEBUYAU DI SARAWAK: SATU TINJAUAN AWAL MANUSKRIP MELAYU DI SAMARAHAN
Main Article Content
Abstract
Naskhah manuksrip Melayu merupakan karya teragung dalam ketamdunan
Melayu dengan zaman silih berganti.Ketamadunan Melayu di kepulauan
Borneo juga memperlihatkan karya manuskrip menjadi penulisan penting
yang merakamkan zaman yang pernah wujud. Catatan manuskrip juga
merupakan aspek penting dalam sesebuah ketamadunan dunia dengan
istilah scriptorium. Masyarakat yang bertamdun dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi dapat dilihat dengan wujudnya tradisi penulisan
manuskrip. Kepulaun Borneo termasuk persisir delta barat daya Sarawak
pada suatu ketika dahulu pernah berdirinya beberapa penempatan awal
orang Melayu sehingga membentuk kerajaan dan negeri Melayu.Wujud
catatan awal dalam manuskrip yang telah memberikan pengkisahan
mengenai sejarah awal di persisir barat daya Sarawak. Kewujudan
manuskrip Melayu bertebaran di seluruh Sarawak dengan status
yang sudah didokumentasi dan baru ditemui manuskrip yang baharu.
Manuskrip Masahor Sebuyau merupakan sampel manuskrip bertulis yang
baharu dijumpai pada abad kini. Manuskrip ini menerangan pengetahuan
tentang keakrifan masyarakat tempatan dari segi ketokohan, kebudayaan,
keintelektual ilmu, adat resam dan amalan tradisional. Secara rinci teks
manuskrip ini telah memberi gambaran yang luas mengenai pemikiran
masyarakat Melayu Sarawak.