DASAR SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA TERHADAP PENDIDIKAN DI SABAH, 1881-1940

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli

Abstrak

Pelaksanaan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara mulai


tahun 1881 telah menjadi titik permulaan yang sangat penting kepada


perkembangan sistem pendidikan moden di Sabah. Sebagai sebuah


syarikat, didapati pada peringkat awal Syarikat Berpiagam Borneo Utara


lebih memfokuskan kepada pembangunan ekonomi berbanding aspek


pendidikan dalam kalangan penduduk tempatan. Sebaliknya, para mubaligh


Kristian telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan sekolah yang


menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada masa yang


sama, pemodal Cina juga turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan


sekolah Cina. Pentadbiran syarikat yang semakin kukuh memasuki dekad


terawal abad ke-20 menyebabkan aspek pendidikan mula diberi perhatian


khusus menerusi penubuhan sekolah Melayu. Langkah ini diambil berikutan


penubuhan sekolah Inggeris oleh para mubaligh Kristian dan sekolah Cina


oleh pemodal Cina yang dilihat telah berupaya mempengaruhi status quo


penduduk tempatan. Justeru sekolah yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan


memberi keutamaan kepada penggunaan Bahasa Melayu dan pendidikan


asas. Malah dasar syarikat juga dilihat tidak menggalakkan penggunaan


Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tempatan. Walau bagaimanapun,


dalam keadaan tertentu didapati pihak syarikat sendiri telah menyumbang


kepada perkembangan sekolah Inggeris yang dikelola oleh para mubaligh


menerusi pemberian bantuan kewangan. Sekolah Cina yang menggunakan


Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar juga turut diberi bantuan


kewangan. Justeru, penubuhan sekolah oleh pihak kerajaan dan bantuan


kewangan yang diberi kepada para mubaligh dan pemodal Cina secara tidak


langsung telah menyumbang kepada perkembangan sistem pendidikan


pelbagai aliran di Sabah.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles