PERMASALAHAN DALAM PERKEMBANGAN PELABUHAN SWETTENHAM PADA TAHUN 1901 HINGGA 1910
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Artikel ini bertujuan membincangkan perkembangan Pelabuhan
Swettenham pada tahun-tahun awal pembukaannya bermula dari
tahun 1901 hingga 1910. Perkembangan ekonomi di Selangor yang
memberangsangkan telah membawa perubahan dalam corak perkapalan
termasuk kapal yang semakin berkembang. jenis dan saiz, serta juga
perubahan dalam komposisi dan jumlah kargo yang dikendalikan di
pelabuhan. Perkembangan ini telah menjadi faktor utama kerajaan
Selangor mengambil keputusan untuk membina pelabuhan baharu
yang akan memenuhi kehendak pihak yang terlibat dan menyediakan
kemudahan yang lebih baik dari pelabuhan sebelumnya pada masa akan
datang. Namun begitu, pada awal pembukaan Pelabuhan Swettenham telah
menghadapi beberapa kesukaran, maka penulisan ini akan membahaskan
sejauh mana kesukaran tersebut telah menimbulkan persoalan untuk
menutup pelabuhan ini dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Objektif
penulisan ini adalah untuk menjelaskan faktor-faktor yang membawa
kesukaran dalam menguruskan Pelabuhan Swettenham pada awal-awal
tahun pembukaannya. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan
sejarah yang dengan menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan sumber
pertama seperti Fail Sekretariat Selangor dan disokong dengan sumber
kedua. Hasil kajian mendapati bahawa penambahbaikan perlu dilakukan
dengan menyediakan kemudahan tambahan di pelabuhan dan menangani
masalah kesihatan yang serius serta mengambil perhatian terhadap pintu
masuk ke Pelabuhan Swettenham. Perkembangan yang pesat di Pelabuhan
Swettenham ini kemudiannya akan menjadikan pelabuhan ini antara
pelabuhan terpenting di Malaysia pada masa akan datang.