NEW CLUB DAN KEGIATAN SUKAN DI TAIPING PERAK, 1894-1957

##plugins.themes.bootstrap3.article.main##

Norizan Kadir

Abstrak

Kemajuan bandar Taiping khususnya melalui industri bijih Timah di Larut


telah menjadikan bandar tersebut semakin berkembang dengan kewujudan


pelbagai kemudahan dan fungsi penting sehingga menjadikan ia sebagai


ibu kota Perak. Keadaan ini bukan sahaja telah mendorong kepada


pembentukan pelbagai organisasi pentadbiran tetapi juga menjadi pusat


sosial dan rekreasi. Kehadiran kolonial British turut membawa bersama


sama cara hidup mereka yang mementingkan aktiviti sukan dan galakan ke


arah mewujudkan sistem serta peraturan dalam pertandingan sukan. Minat


dan kecenderungan pegawai kolonial British dan komuniti Eropah dalam


kegiatan sukan telah mendorong mereka menubuhkan pelbagai kelab sosial


dan sukan termasuklah New Club Taiping. Meskipun penubuhan New Club


dan kelab-kelab sukan yang lain kurang menarik penyertaan masyarakat


tempatan, namun penubuhan pelbagai kelab sukan tersebut telah menjadi


pendorong dan perintis kepada perkembangan kegiatan sukan di Perak,


khususnya di Taiping. Kegiatan sukan semakin berkembang hingga ke


peringkat sekolah-sekolah menerusi penganjuran pertandingan sukan sama


ada di peringkat sekolah, daerah dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Kehadiran askar-askar Sepoi dari India yang mahir dalam sukan seperti


hoki dan kriket telah menggalakkan lagi perkembangan sukan di Taiping


menerusi tunjuk ajar yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Justeru,


artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai penubuhan New Club


serta perkembangan sukan di Taiping. Kajian ini menggunakan pelbagai


jenis sumber primer dan sekunder seperti artikel akhbar, laporan, buku


dan makalah.

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.downloads##

##plugins.themes.bootstrap3.displayStats.noStats##

##plugins.themes.bootstrap3.article.details##

Bahagian
Articles