WABAK TAKLID BUTA, WATAK FANATISME MAZHAB DAN WASILAH IJTIHAD: SATU PENELITIAN TERHADAP PEMIKIRAN ZA’BA
##plugins.themes.bootstrap3.article.main##
Abstrak
Artikel ini mengupas tiga tema utama yang menggerutui landskap
pemikiran Muslim pada zaman dekadensi Islam. Pertama, penyakit taklid
buta. Kedua, belenggu fanatisme mazhab. Ketiga, kemandulan prakarsa
pengijtihadan. kedua-dua persoalan ini akan dicerakin dari perspektif
pemikiran reformisme Islam Za’ba. Kajian ini bersifat tekstual. Teks yang
dikupas ialah Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Sementara aspek
pertama menjadi pemunca ketempangan umat Islam khasnya pada zaman
imperialisme Barat, tuntutan berijtihad pula merupakan akar tunjang
terhadap gagasan kebangkitan semula ummah. Za’ba sedar kemelut
dekadensi duniawi ummah ini bersendiri rangkai dengan keterbantutan
dimensi intelektual dan kemandulan ilmu dalam ranah peradaban Islam
malah mengakibatkan seluruh umat Muslim diperhambaabdikan oleh
kuasa imperialis Barat. Mereka tenggelam dalam aib kemunduran dan
cemar penjajahan. Berangkat dengan kesedaran inilah, Za’ba mengkritik
kesan negatif wabak bertaklid buta yang menyerang saraf kemandirian dan
keagungan ummah sezaman, khasnya dalam kehidupan duniawi Melayu.
Apakah kritikan yang dihunuskan oleh Za’ba berasas jika dilihat dalam
konteks mozek pemikiran Islam yang lebih meluas? Bagaimanakah Za’ba
menanggapi nasib dan masa depan pribumi Melayu yang telah terjebak
dalam penyakit bertaklid buta, dan apakah saranan bernas Za’ba untuk
menggeluti permasalahan yang amat rumit ini? Lantaran itu, siapakah yang
menjadi sasaran kritikan Za’ba, dan mengapakah Za’ba “marah-marah”
terhadap golongan tersebut? Kesemua persoalan ini akan dikupas dalam
perbincangan selanjutnya.