PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINYAK DI SARAWAK: KEMAJUAN DAN CABARAN (1910 – 1974)
Main Article Content
Abstract
Salah satu galian penting dijumpai di Sarawak adalah minyak. Penemuan
minyak di Sarawak ini telah memacu ekonomi Sarawak. Sejak industri
ini beroperasi pada tahun 1910 menyaksikan Sarawak menjadi salah satu
pengeluar utama minyak dunia. Walau bagaiamnapun pengeluaran minyak
di Sarawak menghadapi cabaran apabila jumlah pengeluarannya mula
berkurangan pada akhir tahun 1920-an. Penurunan jumlah pengeluaran
minyak ini tidak mematikan industri minyak Sarawak. Ia terus menjana
pendapatan bagi negeri Sarawak sehingga pembentukan Malaysia. Objektif
utama artikel ini ialah memaparkan perkembangan pengeluaran minyak di
Sarawak. Dalam hal ini juga dibincangkan tentang bagaimana usaha-usaha
memajukan industri ini dilakukan. Penulisan artikel ini berdasarkan kajian
perpustakaan. Beberapa bahan-bahan primari digunakan terutama Sarawak
Gazette. Manakala rujukan lain lebih kepada sumber-sumber sekunder.
Dapatan daripada artikel ini menunjukkan perkembangan industri minyak
Sarawak telah menunjukkan perkembangan pesat. Malahan ia mewarnai
pelbagai bidang kemajuan lain di Sarawak seperti aspek teknologi dalam
cari gali minyak di Sarawak