PERTUNJUKAN TANAMAN DAN PERTUKANGAN: MEMARTABATKAN PRODUK WARISAN HASIL TANGAN MASYARAKAT MELAYU TERENGGANU
Main Article Content
Abstract
Pertunjukan tanaman dan pertukangan merupakan satu usaha yang dilakukan
oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Sultan Sulaiman Badrul Alam
Syah untuk memajukan ekonomi dan mempromosikan produk warisan
hasil tangan masyarakat Melayu di negeri Terengganu. Kepelbagaian
produk warisan hasil tangan yang diusahakan oleh masyarakat Melayu
Terengganu menunjukkan masyarakat Melayu Terengganu adalah sebuah
masyarakat yang mampu menghasilkan produk milik mereka sendiri untuk
memenuhi keperluan masyarakat tempatan mahupun luar. Untuk mencapai
kepentingan ini, pertunjukan tanaman dan pertukangan yang diadakan
setiap tahun adalah satu langkah yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu
untuk memartabatkan produk warisan hasil tangan masyarakat Melayu
Terengganu. Produk warisan hasil tangan masyarakat Melayu Terengganu
termasuklah hasil tanaman seperti sayur-sayuran, padi, buah-buahan, kelapa
dan pinang. Manakala hasil perternakan adalah seperti kambing, biri-biri,
kerbau, ayam, itik dan lembu. Selain itu, hasil perikanan, sarong, getah dan
pertukangan sekolah juga antara produk warisan hasil tangan masyarakat
Melayu di negeri Terengganu. Dengan merujuk kepada sumber primer yang
diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara
Malaysia, cawangan Terengganu, makalah ini dapat dihasilkan.