TUMBUHNYA KEGIATAN BERORGANISASI ORANG MELAYU SARAWAK DARI ZAMAN BROOKE SEHINGGA 1949
Main Article Content
Abstract
Kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu bukan sahaja menjajah rantau ini
tetapi mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan. Mereka membawa
bersama-sama budaya dan memperkenalkan kepada masyarakat tempatan.
Pelbagai budaya barat diperkenalkan kepada masyarakat tempatan sehingga
masyarakat tempatan terikut-ikut dan menjadikan ia sebagai amalan
budaya mereka sendiri. Sarawak juga tidak ketinggalan dalam menerima
impak kedatangan kuasa Barat ini dengan munculnya gelanggang lumba
kuda, pertandingan bola sepak, pembinaan rumah batu bergaya barat,
pengenalan kenderaan bermoto, kapal terbang laut, radio dan sebagainya.
Salah satu pengaruh besar ke atas penduduk tempatan di Sarawak adalah
penubuhan kelab-kelab sosial. Di Kuching, penubuhan kelab-kelab sosial
ini berkembang pesat pada tahun-tahun 1920an. Ia menjadi ikutan pula oleh
anak muda Melayu Sarawak untuk mewujudkannya di kampung-kampung.
Kelab-kelab yang diwujudkan ini juga adalah pelbagai dan mencakupi juga
aktiviti sukan dan muzik. Kemunculan kelab-kelab ini memberi satu nilai
tambah kepada usaha untuk menubuhkan persatuan. Oleh itu pada tahun
tahun 1930an pula muncul persatuan-persatuan sosial dan kadang kala
bersifat politik di Sarawak. Kegiatan berpersatuan ini terus pada zaman
pendudukan Jepun dan pentadbiran British. Penulisan artikel ini bertujuan
untuk memaparkan bagaimana orang Melayu Sarawak menubuhkan kelab
kelab sosial sehingga membawa kepada kesedaran politik di Sarawak
apabila munculnya Persatuan Melayu Sarawak. Kajian ini berdasarkan
kaedah kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan untuk mendapat
dapatan-dapatan menerusi sumber primari dan sekundari. Bahan-bahan
primer digunakan terdiri daripada fail-fail dan dokumen-dokumen rasmi
kerajaan. Bahan sekunder pula terdiri daripada buku-buku yang berkaitan
dengan tajuk perbincangan. Hasil kajian yang dibuat dalam artikel ini
telah menunjukkan bahawa pengaruh berorganisasi dalam kalangan orang
Melayu Sarawak tidak pernah padam. Ia bermula dengan kegiatan kelab
sosial yang membina kekuatan orang Melayu untuk menterjemahkan ia
dalam sebuah persatuan kebangsaan yang mempunyai aspirasi politik.
Malahan usaha menyekat pergerakan berorganisasi ini tidak membantutkan
usaha orang Melayu untuk terus berorganisasi sehingga Sarawak mencapai
kemerdekaan.