PERBAHASAN AHLI PARLIMEN MALAYSIA TERHADAP ISU LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN, 1959-1991
Main Article Content
Abstract
Makalah ini berusaha merungkaikan pertembungan dua aliran pemikiran
dalam kalangan Ahli Parlimen Malaysia berhubung status pemungutan
hasil kerajaan melalui Loteri Kebajikan dan Perkhidmatan Masyarakat.
Butir-butir perbahasan yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang
terutama PAS yang mendesak kerajaan supaya menghentikan aktiviti loteri
yang disifatkan sebagai haram manakala ahli Parlimen kerajaan khususnya
UMNO mempertahankan legasi loteri selama 40 tahun dengan menyatakan
menjadi keperluan kerajaan untuk mengutip dana demi pembangunan
rakyat. Selaras dengan Analisis Kandungan dalam perkaedahan kualitatif,
Penyata Rasmi Parlimen sama ada Penyata Dewan Rakyat dan Penyata
Dewan Negara, dianalisis serta dideskriptifkan sebagai naratif penulisan.
Kajian mendapati polemik dua aliran pemikiran di atas bukan berhubung
soal pembelian tiket loteri kerana disepakati hukumnya haram. Namun
polimek keduanya berkisar kepada dua persoalan iaitu pertama, mengapa
kerajaan memperbadankan loteri sehingga dijadikan sebahagian badan
kerajaan serta menjalankan aktiviti penjualan tiket loteri di atas nama
kerajaan. Kedua, mengapa wang loteri diagihkan untuk pembinaan masjid,
madrasah serta sekolah agama yang pada pandangan PAS, kerajaan mampu
menjana pendapatan dalam aspek lain. Manakala wakil kerajaan menegaskan
bahawa wang loteri boleh digunakan dalam pelbagai aspek kebajikan dan
tidak terhad kepada institusi agama. Makalah ini diharapkan dapat memberi
gambaran secara holisitik terhadap dua aliran pemikiran berhubung isu loteri
selain pasang surut Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat.