RABIES DI SARAWAK: ANCAMAN DAN KAWALAN, 2017-2020
Main Article Content
Abstract
Artikel ini menganalisis ancaman rabies di Sarawak serta langkah kawalan
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani wabak ini antara
tahun 2017 hingga 2020. Rabies termasuk dalam kategori penyakit yang
dikawal di Malaysia. Walaupun kaedah pencegahan rabies di Sarawak
pada asasnya sama dengan di bahagian Semenanjung, hakikatnya terdapat
kelemahan dari segi pelaksanaannya kerana tiada zon penampan diwujudkan
bagi membolehkan kawalan penyakit seperti vaksinasi anjing dilaksanakan.
Ini menunjukkan usaha pencegahan awal kurang diberi perhatian, sehingga
rabies mula dilaporkan di Sarawak pada tahun 2017 dan berlanjutan ke
tahun-tahun berikutnya. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk
meneliti ancaman rabies di Sarawak serta mengenal pasti langkah yang
diambil dalam menghadapi wabak tersebut. Kajian ini menggunakan sumber
primer seperti dokumen rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, akhbar
sezaman dan gazet. Sumber sekunder yang dirujuk pula terdiri daripada
jurnal dan buku. Hasil kajian mendapati rabies masih menjadi isu penting di
Sarawak kerana penyakit ini belum berjaya dihapuskan sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, kerajaan Sarawak jelas komited melaksanakan strategi
kawalan holistik bagi mengekang penularan wabak ini