PERANAN MAHASISWA DI SEBALIK REFORMASI SOSIAL: SATU PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN THAILAND DEKAD 1970-AN
Main Article Content
Abstract
Artikel ini memberi tumpuan kepada peranan mahasiswa di sebalik
reformasi sosial di Malaysia dan Thailand dalam era 1970-an. Perjuangan
ke arah reformasi sosial yang dimainkan oleh golongan mahasiswa di kedua
dua buah negara ini menunjukkan adanya unsur persamaan terutamanya dari
segi latar belakang mahasiswa dan isu yang diperjuangkan. Di Malaysia
mahupun Thailand, golongan mahasiswa ini bertindak sebagai suara
rakyat yang terlibat secara aktif dalam menyuarakan masalah atau isu
yang berkaitan dengan hal-ehwal rakyat terutamanya golongan masyarakat
bawahan dari aspek kemajuan sosial kepada pihak kerajaan. Pada era
ini status mahasiswa dipandang tinggi oleh masyarakat justeru melalui
peranan yang dimainkan, mereka dilihat sebagai kumpulan pendesak yang
mewakili rakyat untuk berhadapan dengan kerajaan bagi memastikan
usaha pembangunan rakyat itu dapat dicapai. Artikel ini bertujuan
membincangkan faktor utama yang mendorong penglibatan mahasiswa
dalam memperjuangkan reformasi sosial. Bagi menyempurnakan artikel ini,
data-data yang diperolehi dicerap dari sumber primer dan sekunder yang
berkaitan. Antaranya, laporan tahunan, Handsard serta akhbar sezaman.
Laman sesawang rasmi turut digunakan untuk mendapatkan sumber primer.
Sumber sekunder pula diperolehi daripada koleksi Perpustakaan Tuanku
Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Universiti
Thammasat Thailand.Ringkasnya, mahasiswa berjaya memberi kesedaran
kepada masyarakat berhubung dengan hak dan kepentingan sosial berjaya
memberikan impak yang besar kepada reformasi sosial yang melibatkan
kepentingan rakyat