MEMBURU DAN MENJERAT HAIWAN DI TANAH MELAYU

Main Article Content

Azharudin Mohamed Dali

Abstract

Harimau, gajah, badak, seladang dan buaya merupakan antara spesis


yang tidak asing dalam kehidupan fauna di Alam Melayu. Kewujudan


haiwan-haiwan ini seringkali dipaparkan dengan pandangan negatif, ganas,


kejam dan wajar dihapuskan. Meskipun begitu, bagi orang Melayu, wujud


pandangan tertentu mengenai haiwan-haiwan ini. Elemen ganas dan kejam


sememangnya merupakan sebahagian dari pandangan itu, namun dalam masa


yang sama, bagi orang Melayu, haiwan-haiwan ini bukan sahaja mempunyai


dunianya sendiri namun turut mempunyai nilai besar terutamanya dalam


konteks perubatan Melayu. Selain itu, orang Melayu turut ‘menghormati’


haiwan-haiwan ini dan tidak sewenang-wenangnya membunuh haiwan


tersebut. Dalam keadaan ini, aktiviti memburu dan menjerat haiwan ini


merupakan sebahagian dari kehidupan biasa orang Melayu. Kebolehan dan


kemahiran orang Melayu dalam memburu dan menjerat haiwan-haiwan ini


diakui. Ketika kemasukan Barat, aktiviti memburu dan menjerat haiwan


juga merupakan aktiviti yang sangat digemari. Namun antara keduanya,


iaitu antara aktiviti memburu dan menjerat haiwan yang dilakukan oleh


orang Melayu dengan pegawai kolonial, terdapat perbezaan yang ketara.


Hal-hal berkaitan dengan aktiviti memburu dan menjerat haiwan antara


orang Melayu pra-kolonial dan pegawai-pegawai kolonial inilah yang


menjadi fokus utama perbincangan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles