UNDANG-UNDANG PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HAIWAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1911-1941

Main Article Content

Firdaus Fadzizi
Mohd Shazwan Mokhtar

Abstract

Artikel ini meneroka bidang sejarah alam sekitar di Malaysia ketika era


kolonial yang sering terbatas dalam wacana politik dan sosial. Pengenalan


undang-undang pertama berkaitan perlindungan haiwan pada tahun 1911


di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) oleh British menunjukkan


wujudnya kepentingan zoologi dalam pentadbiran kolonial. Pada peringkat


NNMB, undang-undang tersebut digunakan untuk mengawal aktiviti


pemburuan haiwan oleh pemburu Eropah. Walau bagaimanapun, tiada


kajian jelas yang menghubung kait kepentingan wujudnya pentadbiran


kolonial berkaitan zoologi dengan aktiviti pemburuan di haiwan NNMB.


Oleh itu, kajian ini meneliti pembentukan undang-undang berkaitan


zoologi kolonial dan pengaruhnya terhadap aktiviti pemburuan haiwan.


Penelitian ini dapat membuktikan kepentingan pengetahuan zoologi


di NNMB terhadap kolonialisme British di Tanah Melayu. Kajian ini


menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dalam membina pengetahuan


zoologi era kolonial di NNMB. Justeru, rekod CO 576, 717, Sel. Sect.


dan HCO digunakan bagi membuktikan pembentukan undang-undang


dan pentadbiran zoologi kolonial. Hasil kajian mendapati perlindungan


haiwan liar dikawal melalui Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung


Liar 1911, Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1921 dan


‘Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1925’. Kepentingan


pentadbiran perlindungan haiwan liar di NNMB adalah untuk mengawal


aktiviti pemburuan Eropah seperti ‘Big Game’, ‘Rare Birds’, ‘Deer’ dan


anggota haiwan dijadikan hadiah kepada orang kenamaan Eropah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles