ABDUL RAHIM KAJAI: BAPA KEWARTAWANAN MELAYU MODEN
Main Article Content
Abstract
Kebangkitan keintelektualan dan semangat nasionalisme orang Melayu
telah dilakukan oleh ahkbar dan majalah terutama sekitar tahun 1930an dan
1940an. Akhbar dan majalah telah memberikan banyak input yang membina
kepada kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran orang Melayu
dalam bidang ekonomi dan sosial diakibatkan oleh dasar penjajah kolonial
British. Akbar didukung oleh pengarang yang berwibawa dan berkeupayaan
menarik minat pembaca. Abdul Rahim Kajai adalah antara pengarang akhbar
berbahasa Melayu yang memainkan peranan utama dalam membawa orang
Melayu terhadap kesedaran nasionalisme. Artikel ini akan menjelaskan
peranan Abdul Rahim Kajai yang berperanan sebagai pengarang, wartawan,
penulis kesusasteraan di akhbar dan majalah memberikan kesedaran
kebangsaan. Penglibatan kerjaya beliau ialah di dalam akhbar Idaran Zaman,
Saudara, Warta Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Perubahan
Baharu, Berita Malai. Dapat kajian mendapati banyak sumbangan yang telah
diberikan oleh Rahim Kajai yang melayakkan beliau dinobat sebagai Bapa
Wartawan Melayu serta tokoh besar yang menyumbang kepada penerbitan
akhbar dan majalah di Tanah Melayu dan Singapura.