PERKEMBANGAN HOSPITAL KUALA LUMPUR, 1973-2016

Main Article Content

Siti Zubaidah Mat Sulaiman
Abu Hanifah Haris

Abstract

Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan sebuah hospital yang terletak


di Semenanjung Malaysia dan berada di tengah-tengah bandar raya Kuala


Lumpur. Kajian ini bertujuan menjelaskan perkembangan yang berlaku


ke atas HKL dari tahun 1973 sehingga 2016. Objektif kajian ini ini ialah


membincangkan aspek pengurusan dan pentadbiran yang telah dijalankan


oleh HKL serta masalah yang dihadapi HKL. Akhir sekali, kajian ini turut


menilai kesan HKL menjadi hospital tenaga pengajar bagi pelajar yang


mengambil mengikuti Fakulti Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM) bermula tahun 19973. Kajian berakhir pada tahun 2016 kerana pada


tahun tersebut, HKL telah diberi penganugerahan Best Hospital Brands


Malaysia. Kepentingan kajian ini adalah untuk menjelaskan perkembangan


HKL selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, serta perkembangan


HKL dalam aspek pembangunan insfrastruktur dan khidmat pengurusan


sepanjang penubuhannya. Akhir sekali, metodologi kajian yang digunakan


adalah pendekatan kualitatif yang melibatkan kajian terhadap sumber primer


seperti fail dan akhbar, selain sumber sekunder seperti buku dan artikel


jurnal. Kajian menunjukkan bahawa HKL memainkan peranan penting


dalam merawat ramai pesakit khususnya penduduk Kuala Lumpur, selain


berjaya merawat pelbagai penyakit kronik dengan penggunaan pelbagai


peralatan moden.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles