HUBUNGAN KERAJAAN BRITISH-KOMUNIS DI TANAH MELAYU ERA PERANG DUNIA KEDUA, 1941-1945
Main Article Content
Abstract
Kerjasama antara British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah
Melayu dan Singapura, semata-mata untuk menentang musuh mereka
bersama iaitu Jepun, walaupun kedua-dua pihak berlainan ideologi dan
bermusuhan. Penentangan kuasa fasis yang cukup kuat sama ada di barat
dan di timur dunia, telah memaksa British dan PKM membentuk suatu
kerjasama ketenteraan yang diikat kuat melalui perjanjian bagi menghadapi
kemaraan kuasa Jepun dan mengurus negara pasca perang. Kerjasama ini
telah membuahkan kejayaan. Pada satu pihak, Pakatan Bersekutu (British)
dan PKM telah berjaya mengalah dan mengusir Jepun keluar dari Tanah
Melayu sehingga British kembali berkuasa. Manakala pada pihak PKM
mereka telah berjaya membina sebuah angkatan bersenjata yang terlatih
iatu pasukan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA). PKM juga
berjaya membentuk sebuah kerajaan bersama dengan British untuk waktu
yang singkat untuk mentadbir Tanah Melayu dan Singapura, sebelum
kedua-dua kuasa ini kembali berpisah dan bersengketa.