HUBUNGAN LUAR KERAJAAN JOHOR DALAM ERA PENTADBIRAN MAHARAJA ABU BAKAR, 1862-1895
Main Article Content
Abstract
Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap peranan Maharaja Abu
Bakar dalam pembentukan hubungan luar kerajaan Johor sekitar tahun
1862-1895. Objektif utama kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa
Maharaja Abu Bakar telah membentuk hubungan luar yang berkesan melalui
pembentukan perjanjian persahabatan di samping lawatan diplomatik pada
era baginda. Kajian ini mencakupi tempoh masa sekitar tahun 1862 hingga
1895 yang melibatkan hubungan luar kerajaan Johor dengan pihak Britain,
Khilafah Uthmaniyyah, kerajaan Hawaii dan negeri-negeri Melayu tertentu.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penyelidikan arkib yang
khusus kepada analisis ke atas dokumen primer dari Arkib Negara Malaysia
cawangan Johor dan beberapa sumber sokongan dari The National Archives
di London. Sumber sekunder seperti tesis, artikel jurnal dan buku-buku turut
digunakan bagi memperkemas kronologi perbincangan kajian dalam satu
naratif perbincangan berdasarkan disiplin bidang sejarah. Hasil kajian ini
pada akhirnya mendapati bahawa hubungan luar kerajaan Johor di bawah
pentadbiran Maharaja Abu Bakar cukup signifikan bagi meletakkan Johor
sebagai wilayah berdaulat serta diiktiraf oleh pihak luar.