KAJIAN TEKS SYAIR TUAN HAMPRIS SEBUAH KISAH DI TERENGGANU

Main Article Content

Hamdan Aziz
Ismar Liza Mahani Ismail
Ruzaini Sulaiman
Najihah Abdul Mutalib

Abstract

Artikel ini kajian teks Syair Tuan Hampris dalam kerangka pemikiran


pengarang iaitu Hajjah Wok Eshah binti Alhaj Nik Idris yang diketengahkan


melalui Syair Tuan Hampris (Humpreys) dan diterbitkan di Kuala


Terengganu pada tahun 1928. Dengan menggunakan kaedah analisis


teks, beberapa peristiwa bersejarah di Terengganu yang digambarkan


melalui rangkap-rangkap syair akan diteliti dan dideskriptifkan. Antara


aspek pensejarahaan Terengganu yang dikenal pasti melalui garapan syair


ialah berkaitan pemerihalan Kesultanan terutama yang membabitkan


pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Selain itu turut disentuh berkaitan


proses campurtangan British di Terengganu, pelantikan J.L Humpreys


sebagai Penasihat British Terengganu pertama serta tindak tanduk


Humpreys dalam pentadbiran negeri. Justeru sebagai timbal balas


penulis membincangkan kedudukan sosial penduduk peribumi sebagai


perbandingan terhadap peristiwa yang berlaku terhadap Humpreys. Artikel


ini diharapkan memberi kefahaman berkaitan berkaitan intipati terhadap


karya pensejarahan Terengganu sebagaimana yang terkandung dalam Syair


Tuan Hampris karya Hajjah Wok Eshah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles