PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS DI MALAYSIA: SATU SOROTAN SEMULA

Main Article Content

Siti Norba’ayah Ayup
Sahul Hamid Mohamed Maiddin

Abstract

Makalah ini memfokuskan tentang kurikulum sejarah menengah atas di


Malaysia dari tahun 1959 sehingga 1989. Objektif utama makalah ini


adalah untuk membincangkan perubahan kandungan kurikulum sejarah


menengah atas selepas kemerdekaan negara dicapai. Di samping itu,


makalah ini turut membincangkan perbezaan antara kandungan Kurikulum


Lama Sekolah Menengah (KLSM) dengan Kurikulum Baru sekolah


menengah (KBSM) sepanjang perlaksanaannya. Penulisan ini menggunakan


pendekatan kualitatif dengan merujuk sumber primer dari Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) seperti fail dan dokumen. Manakala sumber


sekunder pula diperoleh dari buku dan artikel yang berkaitan di Perbadanan


Perpustakaan Awam (Shah Alam) dan Perpustakaan Tuanku Bainun


(Universiti Pendidikan Sultan Idris). Hasil kajian menunjukkan terdapat


perubahan yang drastik dalam kandungan kurikulum sejarah menengah


atas yang berlaku dari tahun 1959 hingga 1989. Hal ini disebabkan terdapat


perubahan dasar yang berlaku bagi memantapkan lagi kurikulum dalam


bidang pendidikan di negara ini. Ia juga adalah sejajar dengan perubahan


dalam kepimpinan negara yang berhasrat untuk meningkatkan taraf dalam


bidang pendidikan di negara ini.


Dapatan kajian juga menunjukkan perubahan yang berlaku


adalah disebabkan orientasi dalam bidang pendidikan itu sendiri untuk


memenuhi permintaan negara dalam membekalkan pekerja yang berkualiti


serta berdaya saing. Oleh itu, walaupun kandungan kurikulum sejarah


menengah atas dari tahun 1959 hingga 1989 menghadapi perubahan, namun


peranannya dalam membentuk dasar pendidikan negara tetap memberikan


kesan positif terhadap mata pelajaran sejarah

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles