KRITIK POSTMODERNISME DAN KRISIS EPISTEMOLOGI DALAM SEJARAH
Main Article Content
Abstract
Artikel ini akan membincangkan mengenai krisis epstemologi dalam sejarah
yang bermula sejak tahun 1970an terutamanya di Eropah. Terdapat pelbagai
pemikiran yang membincangkan mengenai epistemology dalam bentuk
yang mengkritik satu sama lain. Epistemologi dalam sejarah adalah suatu
yang penting untuk diketahui kerana ia membentuk kepada pemahaman
dalam kajian dan penulisan sejarah. Antara persoalan yang dibincangkan
ialah mampukah manusia mengetahui tentang realiti? Melalui sumber
dan kaedah bagaimanakah manusia memperolehi pengetahuan tentang
realiti itu? Perbincangan melalui penulisan pemikiran modernism dan
postmodernisme. Perbincangn artikel ini akan membawa kepada pencarian
jawapan bahaw sejarah sejarah juga bersandarkan pada sistem epistemologi
terutama bagi mencari realti dan kebenaran.