BATTLE OF ENDAU, 26-27 JANUARI 1942: PERTEMPURAN YANG DILUPAKAN
Main Article Content
Abstract
Perang Dunia Kedua sememangnya merupakan peristiwa yang cukup penting dalam
perkembangan sejarah negara ini. Kehadiran Jepun yang dilihat cukup bersedia telah
berjaya menguasai Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat. Pertempuran-pertempuran
sengit berlaku antara pihak Jepun dan British (British, India, Australia dan Askar Melayu) di
pelbagai lokasi di negara ini. Antara kawasan yang terlibat dalam peperangan secara sengit
ialah Endau-Mersing. Berbanding dengan peperangan di kawasan lain yang dilihat lebih
kepada “peperangan darat”, battle of Endau lebih kepada penglibatan pihak tentera laut
(navy) dan tentera udara. Malahan lebih tepat lagi jika disebutkan bahawa battle of Endau
merupakan penglibatan ketara pihak navy selepas tenggelamnya battleship Prince of Wales
dan battleshipcruiser Repulse. Battle of Endau juga disifatkan sebagai usaha terakhir pihak
Royal Navy untuk menyekat kemaraan Jepun ke Singapura.