LEGASI MAJALAH IDAMAN BAGI MEMAJUKAN PENDIDIKAN ORANG MELAYU DI JOHOR SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Main Article Content
Abstract
Kajian ini akan mengkhusus kepada isu pendidikan dalam majalah Idaman.
Idaman selayaknya sebagai sebuah majalah kelolaan Persekutuan Guru
guru Melayu Batu Pahat telah memberi perhatian serius terhadap isu-isu
yang berkait dengan soal pendidikan. Aspek pendidikan diberi penekanan
kerana pelajaran merupakan kunci yang boleh membebaskan kaum
masyarakat Melayu daripada kongkongan pemikiran dan adat yang kolot,
dan menggerakkan mereka ke arah kemajuan tanpa menjejaskan nilai-nilai
ketimuran dan tuntutan agama. Sebelum Perang Dunia Kedua Idaman
dilihat pergi lebih jauh dengan melihat keperluan pendidikan kepada kanak
kanak sebagai persediaan ke arah menghadapi cabaran abad ke-20. Idaman
dalam rencana keluarannya juga banyak menggesa masyarakat Melayu
agar menghantar kanak-kanak lelaki dan perempuan ke sekolah kerana
dengan cara ini lebih ramai golongan muda terpelajar yang dapat menjadi
pemimpin masyarakat dapat dihasilkan. Kajian ini mengunakan kaedah
kajian perpustakaan dengan menganalisis majalah Idaman dan disokong
oleh sumber lain seperti dokumen, laporan, akhbar dan buku-buku yang
berkaitan. Oleh sebab kajian tentang pendidikan masyarakat Melayu di Johor
sebelum Perang Dunia Kedua dalam majalah Idaman kurang mendapat
perhatian penyelidik sejarah, diharap kajian ini akan dapat membantu ahli
sejarah melihat kepentingan majalah Idaman sebagai antara majalah yang
mampu mengubah pemikiran masyarakat Melayu terutamanya tentang isu
pendidikan sebelum Perang Dunia Kedua.