Perkembangan Pembandaran Kuala Lipis, Pahang, 1898-1955
Main Article Content
Abstract
Kuala Lipis merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan tengah negeri Pahang yang begitu kaya dengan hasil bumi seperti emas. Kekayaan ini kemudiannya telah menarik minat British untuk bertapak di Kuala Lipis lantas menjadikannya sebagai salah sebuah daerah terpenting di Pahang. Kepesatan perbandaran Kuala Lipis dapat dilihat semakin jelas apabila bandar tersebut dipilih sebagai ibu negeri Pahang dari tahun 1898 sehingga tahun 1955 bagi menggantikan Pekan. Objektif kajian ini ialah mengkaji
perkembangan pembandaran Kuala Lipis, Pahang ketika menjadi ibu negeri Pahang, iaitu dari tahun 1898 hingga tahun 1955. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan merujuk pelbagai sumber primer seperti fail dan dokumen, selain sumber sekunder seperti buku dan artikel. Kajian menunjukkan bahawa Kuala Lipis mengalami proses perbandaran yang pesat dalam tempoh tersebut sebagai ibu negeri Pahang khususnya dalam aspek pentadbiran, infrastruktur dan kemudahan, selain turut mengalami perkembangan pesat dalam kegiatan sosioekonomi.