PEMBUKAAN PELABUHAN SWETTENHAM DAN PERKEMBANGNNYA, 1886 -1901

Main Article Content

Nur Izzati Nazihah Junaidi
Mohd Samsudin

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan perancangan fizikal Pelabuhan


Swettenham oleh pihak British bermula tahun 1886 hingga 1901. Campur


tangan pihak British di Selangor telah membawa pelbagai perubahan


dan pembaharuan, antaranya perkembangan pelabuhan di Klang yang


merupakan antara pelabuhan yang penting bagi Selangor. Perkembangan


Selangor dilihat nadinya adalah perkembangan ekonomi yang diperoleh


hasil daripada peranan yang dimainkan oleh pelabuhannya yang berkembang


pesat. Oleh itu, penulisan ini akan melihat sejauh mana pembinaan dan


perkembangan Pelabuhan Swettenham dapat memenuhi kehendak pihak


British. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan faktor-faktor


pihak British memilih untuk membangunkan pelabuhan utama Selangor di


daerah Klang. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan sejarah


yang dengan menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan Laporan Jurutera


Residen, A.J.W. Watkins dan laporan tahunan sebagai sumber pertama


dan disokong dengan sumber kedua. Hasil kajian mendapati pentingnya


pelabuhan ini dibangunkan kerana menjadi pelabuhan sokongan kepada


perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur di samping berperanan sebagai


tempat mendapatkan dan mengedarkan barangan keperluan di Tanah


Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles