PERKEMBANGAN DASAR PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU PASCA ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN: LAPORAN BARNES, 1950

Main Article Content

Ho Hui Ling

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan dasar pendidikan


oleh pihak pentadbiran British di Tanah Melayu pasca zaman pendudukan


Jepun dengan tumpuan kepada pembentukan Jawatankuasa Barnes


dan Laporan Barnes serta reaksi penduduk terhadap cadangan dalam


Laporan Barnes. Melalui itu juga artikel ini cuba menilai tujuan British


memberi perhatian terhadap dasar pendidikan di Tanah Melayu apabila


mereka menguasai semulanya selepas zaman Jepun (1941-1945). Dalam


perkembangan itu, pihak British juga sedar perlu menjaga kepentingan dan


mengambil hati orang Melayu dalam memastikan mereka menyokong dan


bekerjasama dengan pentadbiran. Justeru, pembangunan pendidikan untuk


orang Melayu diberi perhatian dan dikaji semula oleh British. Untuk itu,


Jawatankuasa Barnes dibentuk dan Laporan Barnes diterbitkan pada tahun



  1. Namun demikian, cadangan dalam Laporan Barnes menimbulkan


bantahan daripada kaum bukan Melayu yang melihat Laporan itu boleh


menghapuskan pendidikan, bahasa dan budaya mereka. Sebaliknya orang


Melayu rata-rata menerima baik Laporan Barnes. Ekoran daripada itu, pihak


kerajaan membentuk Jawatankuasa Fenn-Wu untuk meneliti pendidikan


Cina dan orang India pula mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan India.


Namun begitu, jawatankuasa ini masih tidak dapat menyelesaikan


pertikaian tentang kedudukan bahasa dan pendidikan pelbagai aliran.


Bagaimanapun, menjelang kemerdekaan, Penyata Razak dikeluarkan dan


Dasar Pelajaran 1957 diluluskan sebagai asas dalam pembentukan sistem


pendidikan kebangsaan untuk Tanah Melayu. Perbincangan dalam artikel ini


menunjukkan masalah politik terutama masalah komunis dan kepentingan


Tanah Melayu kepada British telah mempengaruhi tindakan British untuk


mengkaji semula aspek pendidikan di Tanah Melayu selepas perang. Pada


masa yang sama, pendidikan juga dijadikan alat penting dalam mewujudkan


integrasi kaum dan memupuk kesefahaman antara penduduk berbilang


kaum. Keadaan ini adalah sangat penting dalam usaha kerajaan menangani


ancaman komunis pada ketika itu kerana kerjasama penduduk berbilang


kaum dapat membantu mengalahkan gerakan komunis.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles