HANG TUAH DARI SUDUT KESARJANAAN
Main Article Content
Abstract
Kedudukan Hang Tuah dalam bidang kesuasteraan Melayu tidak dapat dinafikan sudah mantap. Hang Tuah diterima dan diangkat sebagai lagenda Hero orang Melayu. Sifat dan pegangan prinsip Hang Tuah yang patuh dan setia kepada Sultan Melaka mengangkat laksamana Melaka ini sebagai seorang tokoh lagenda dalam kesusasteraan istana. Dalam bidang kesarjanaan, Hang Tuah mendapat tarikan daripada golongan sarjana bukan sahaja dalam negara bahkan ia dikaji oleh sarjana antarabangsa. Di peringkat antarabangsa beberapa institusi terkenal seperti yang terdapat di the Department of Interdisciplinary Studies of Culture, Russia; School of Oriental and African Studies, University of London, United Kingdom dan juga sarjana-sarjana Fullbright. Terdapat dua bidang ilmiah yang sering mengkaji Hang Tuah, iaitu kesusasteraan dan sejarah. Hang Tuah membina kesarjanaan pengkajinya semenjak abad ke 18 lagi. Kerta kerja ini akan mengkaji perkembangan kesarjanaan dalam kajian terhadap Hang Tuah.