PENUBUHAN SYARIKAT ROMPIN MINING COMPANY LIMITED (ROMPINCO) DAN KESANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DI ROMPIN, PAHANG 1960-1970

Main Article Content

Nik Norni Shahlawati Mat Nor
Zulkanain Abdul Rahman

Abstract

Artikel ini akan membincangkan pembangunan sosioekonomi di Rompin,


Pahang yang berpunca daripada kewujudan sebuah syarikat perniagaan


pemodal Eropah yang dikenali sebagai Rompin Mining Company Limited


(ROMPINCO). Syarikat Eropah yang berpusat di Singapura ini terlibat


secara langsung dengan perlombongan bijih besi berskala besar dan


berorentasikan eksport tahun 1960-1970 di Rompin, Pahang. Rompin


merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Pahang dan kaya


dengan bahan galian bijih besi. Bukit Ibam merupakan kawasan utama


perlombongan bijih besi di Rompin. Hasil pengeluaran bijih besi berskala


besar dari Rompin ini di eksport antaranya ke Jepun, Thailand dan Taiwan.


Lonjakan dalam pengeluaran bijih besi oleh syarikat milik pemodal Eropah


di Rompin telah memberi kesan pembangunan sosioekonomi yang ketara


kepada masyarakat tempatan di Rompin. Rompin telah membangun dari


sebuah desa kecil ke sebuah pekan yang dilengkapi dengan pelbagai


prasarana di Pahang

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles