PENGLIBATAN CAWANGAN KHAS DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK, 1948-1960
Main Article Content
Abstract
Cawangan Khas (Special Branch) berperanan penting dalam perisikan
maklumat berhubung kegiatan komunis di Tanah Melayu. Perak merupakan
negeri Melayu yang mencatatkan jumlah kekerapan tertinggi berlakunya
kejadian komunis sejak Undang-undang Darurat dikuatkuasakan pada
Jun 1948. Keadaan ini menyebabkan banyak tugas risikan maklumat dan
operasi membanteras gerakan komunis berlaku di Perak. Artikel ini meneliti
sejauh mana penglibatan Cawangan Khas dalam usaha membanteras
ancaman komunis di Perak pada zaman darurat (1948-1960). Artikel ini
akan mengupas kaedah perisikan maklumat yang digunakan oleh Cawangan
Khas di Perak pada zaman darurat bagi mendedahkan kerahsiaan maklumat
pihak komunis. Maklumat yang diperoleh ini seterusnya disalurkan
bagi mengatur operasi membanteras komunis. Dengan itu, operasi yang
dilancarkan oleh Cawangan Khas bagi menumpaskan pihak komunis di
kawasan Perak turut dibincangkan dalam artikel ini. Artikel ini dihasilkan
dengan menggunakan sumber primer dan sekunder yang diperoleh daripada
Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya dan Ibu Pejabat
Polis Diraja Malaysia. Kaedah temubual turut digunakan dalam memperoleh
maklumat tambahan bagi melengkapkan penulisan ini. Daripada kajian,
keterlibatan Cawangan Khas dalam perisikan maklumat komunis dan
operasi ketenteraan yang dilancarkan dapat melemahkan semangat juang
dan kekuatan komunis yang bergerak di Perak khususnya dan di Tanah
Melayu umumnya.