PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI TANAH MELAYU, 1905-1957

Main Article Content

Abu Hanifah Haris
Roslina Ab Ghani

Abstract

Pendidikan tinggi merupakan tahap pendidikan tertinggi dalam sistem


pendidikan iaitu melibatkan pengajian ijazah pertama iaitu ijazah sarjana


muda sehingga ijazah lanjutan yang melibatkan ijazah sarjana sehingga


ijazah doktor falsafah. Perkembangan pendidikan tinggi di Tanah Melayu


sebenarnya berpusat di Singapura bermula dengan penubuhan King Edward


VII College of Medicine pada tahun 1905, diikuti penubuhan Raffles


College pada tahun 1928, sebelum kedua-dua institusi ini digabungkan


menjadi Universiti Malaya pada tahun 1949. Objektif kajian ini ialah


mengkaji perkembangan pendidikan tinggi di Tanah Melayu sebelum


merdeka. Skop kajian ini ialah sejak penubuhan King Edward VII College


of Medicine pada tahun 1905 sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada


tahun 1957. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah


kajian perpustakaan dengan meneliti pelbagai sumber primer seperti fail dan


dokumen khususnya rekod British seperti Annual Report of the Education


Department dan Annual Report on Education, serta pelbagai akhbar seperti


Malaya Tribune, Malayan Saturday Post, Morning Tribune, Singapore


Standard, Sunday Standard, Sunday Tribune, The Singapore Free Press,


The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, dan The Straits Times.


Kajian ini turut merujuk sumber sekunder seperti buku, artikel, dan tesis.


Kajian ini mendapati bahawa perkembangan pendidikan tinggi di Tanah


Melayu berlaku agak lewat kerana berbanding tahap pendidikan rendah dan


menengah kerana King Edward VII College of Medicine yang merupakan


insitusi pendidikan tinggi di Tanah Melayu hanya ditubuhkan pada tahun


1906 iaitu pada awal abad ke-20 berbanding penubuhan Penang Free School,


Pulau Pinang iaitu antara sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu yang


ditubuhkan pada awal abad ke-19. Manakala universiti pertama di Tanah


Melayu dalam bentuk yang sebenar iaitu Universiti Malaya hanya berlaku


selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1949. Hal ini menunjukkan


bahawa British tidak begitu serius untuk menyediakan pendidikan tinggi


kepada penduduk Tanah Melayu, dan penubuhan universiti tersebut ialah


berdasarkan inisiatif penduduk Tanah Melayu sediri yang giat berusaha


untuk merealisasikannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles